Latihan Perakaunan 1

Lat 01 BKKK
1. Am

Badan Khairat Kematian Taman AAA (mempunyai 20 orang ahli penaja), baru ditubuhkan.

1. Tahun kewangan dijangka bermula pada 1 Januari dan berakhir pada  31 Disember.
2. Bayaran  yang dikenakan kepada setiap ahli baru (setahun) ialah RM25 (RM20 untuk yuran dan
     RM5 untuk Fee Masuk).
3. JK bersetuju untuk menggunakan wang kutipan untuk urusan  pembelian alat tulis dan RM200
     diberikan untuk khairat kematian.
4 .Jika terdapat surplus, jawatankuasa bersetuju untuk memberikan 15% kepada Tabung A, 25%
    kepada Tabung B dan 60% kepada Tabung C.

2. Objektif : Peserta dapat memahami dan menyiapkan Buku Tunai, Penyata Penerimaan dan
    Bayaran, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, Penyata Pembahagian Keuntungan,
    Kunci Kira-kira dan melengkapkan borang-borang tertentu yang diberikan oleh pihak berkenaan.


3. Aktiviti

Bil
Tarikh

Perkara
1
1.1.19

Baki di tangan RM0.00 .
2
1.1.19
R01
Menerima bayaran  dari ‘A’  RM25.00.
3
1.1.19
R02
Menerima bayaran  dari ‘B’  RM25.00.
4
1.1.19
R03
Menerima bayaran  dari ‘C’  RM25.00.
5
2.1.19
R04
Menerima bayaran  dari ‘D’  RM25.00.
6
2.1.19
R05
Menerima bayaran  dari ‘E’  RM25.00.
7
2.1.19
B01
Membeli Buku Resit 1 buah (RM1.50); pen 2 batang (RM1); Buku Tunai 1 buah (RM8);
Buku Lejar (RM4); Buku Jernal  (RM5) dan Kertas A4  (RM2.00)
8
3.1.19
R06
Menerima bayaran  dari ‘F’  RM25.00.
9
3.1.19
R07
Menerima bayaran  dari ‘G’  RM25.00.
10
3.1.19
R08
Menerima derma dari ‘G’ sebanyak RM5
11
5.1.19
R09
Menerima derma dari ‘A’ sebanyak RM25
12
11.1.19
R10
Menerima bayaran  dari ‘H’  RM25.00.
13
12.1.19
R11
Menerima bayaran  dari ‘I’  RM25.00.
14
12.1.19
B02
Mengadakan mesyuarat AJK kali pertama. Bayar wang jamuan AJK RM10.
15
13.1.19
B03
Mengadakan Kursus/Bengkel Perakaunan kepada Jawatanmkuasa RM20.00
16
15.1.19
B04
Membeli sampul surat RM1.90 .
17
18.1.19
R12
Menerima bayaran  dari ‘J’  RM25.00.
18
19.1.19
R13
Menerima bayaran  dari ‘K’  RM25.00.
19
20.1.19
B05
Membeli fail untuk simpan bahan  RM2.00.
20
21.1.19
R14
Menerima bayaran  dari ‘L’  RM25.00.
21
21.1.19
R15
Menerima bayaran  dari ‘M’  RM25.00.
22
24.1.19
R16
Menerima bayaran  dari ‘N’  RM25.00.
23
24.1.19
R17
Menerima bayaran  dari ‘P’  RM25.00.
24
25.1.19
R18
Menerima bayaran  dari ‘Q’  RM25.00.
25
25.1.19
R19
Menerima sumbangan dari Badan Islamik , RM40.
26
26.1.19
B06
Memberi derma kepada Yayasan KBC sebanyak RM5
27
27.1.19
R20
Menerima bayaran  dari ‘R’  RM25.00.
28
27.1.19
R21
Menerima bayaran  dari ‘S’  RM25.00.
29
30.1.19
B07
Memberi khairat kematian RM200
30
31.1.19

Pos ke Lejar.  Dapatkan tandatangan Jawatankuasa.



4. Latihan
Berdasarkan maklumat-maklumat di atas, anda dikehendaki menyediakan:

   1. Buku Tunai untuk bulan Januari XX19
   2. Penyata Penerimaan dan Bayaran berakhir pada bulan Januari XX19:
       a. Dalam Bentuk T
       b. Dalam bentuk top down / atas bawah.

3. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan berakhir pada bulan Januari XX19.


4. Penyata Pembahagian Keuntungan berakhir pada bulan Januari XX19.


5. Kunci Kira-kira berakhir pada bulan Januari XX19.




dan melengkapkan borang-borang tertentu yang diberikan.






No comments:

Post a Comment